Sunday, May 31, 2009

Permulaan Meriah

Majlis Perasmian Pembukaan PESAYA ke-10, Pahang telah berlangsung dengan kemeriahan yang nyata di Dewan Kompleks Sukan Pahang. Selain menyertai perbarisan, para kontinjen disajikan dengan pesembahan pancaragam, koir, kumpulan kebudayaan & seni pertahankan diri pelbagai kaum dan juga perlawanan persahabatan futsal di antara pasukan pilihan MB Pahang menentang pasukan pilihan pengurus kontinjen setiap yayasan.

Tahniah kepada pihak tuan rumah yang berjaya menghidupkan suasana perasmian. Kontinjen Johor juga tampil dengan penuh gaya. Semoga PESAYA ke-1o akan bermula dengan semangat kesukanan yang tinggi demi membawa pulang kemenangan yang diharapkan!

Friday, May 29, 2009

Debaran Bermula

Malam ini kontinjen Johor akan mula meredah kesunyian malam untuk ke destinasi. Rasanya semangat dan degup jantung peserta semakin berkobar-kobar dan laju. Beg beg pakaian dan bekalan perhiasan diri (termasuk gincu dan bedak sejuk .. hehe) selama seminggu telah diisi rapi.

Sejak dapat pakaian atlit, malam tadi, kami memperagakan diri di hadapan cermin. Wow, macam atlit sukan negara lah nampaknya. Kami senyum sambil mengharapkan kejayaan..

Thursday, May 28, 2009

'Goodies' Pasukan YPJ

Berikut merupakan pakaian & peralatan rasmi untuk pasukan YPJ dalam PESAYA akan datang.

Cap & T-shirt Putih (Adidas)

Sweater putih : oren : biru gelap (Adidas)

T-shirt oren (Adidas)

T-shirt putih-biru (Adidas)


Beg pakaian (Adidas)

Monday, May 25, 2009

Imbasan PESAYA 2007

PESAYA 2 tahun lalu telah berlangsung di Melaka. Johor telah mendapat tempat ke-4 keseluruhan dimana satu pencapaian yang agak baik. Gambar-gambar dibawah antara kenangan-kenangan di PESAYA 2007. (Diambil dari SINI)





Gambar oleh : Harris Fadzilah Rahmat

Friday, May 1, 2009

Pengenalan

Pesta Sukan Antara Yayasan Se-Malaysia (PESAYA) adalah acara sukan dwi-tahunan yang pertandingkan antara staf yayasan-yayasan negeri seluruh negara. Pertandingan ini akan bermula pada 31 Mei sehingga 6 Jun 2009. Pelbagai acara sukan dipertandingkan antaranya bolasepak, bola tampar, badminton, sepak takraw, pingpong, bola jaring, futsal, karom dan sebagainya. Untuk tahun 2009, Pahang akan menjadi tuan rumah untuk pesta kali ini. Ikuti perkembangan & keputusan pertandingan pasukan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dari Kuantan, Pahang terus menerusi blog ini. Terima kasih.