Sunday, June 7, 2009

Rumusan Penyumbang Mata Kontinjen YPJ

Rumusan Penyumbang Mata Kontinjen YPJ:
(Emas: 5 Mata, Perak: 3 Mata, Gangsa: 2 Mata, Keempat: 1 Mata)

Emas (2)
1- Bola Sepak
2- Futsal (W)

Perak (5)
1- Bola Jaring
2- Ping Pong (L)
3- Badminton (W)
4- Bowling
5- Petanque

Gangsa (3)
1- Ping Pong (W)
2- Futsal (Veteran)
3- Golf

Keempat (4)
1- Sepak Takraw
2- Bola Tampar (L)
3- Bola Tampar (W)
4- Badminton (L)

Tahniah kepada atlit kepada setiap pasukan yang telah menyumbangkan mata-mata kemenangan kepada kontinjen Johor!

Kedudukan Terakhir Pasukan Dalam PESAYA 2009

Kedudukan terakhir pingat PESAYA Ke-10:-

Tahniah kepada Pahang atas kejuaraan tahun ini. Kepada Johor, menang atau kalah bukanlah ukuran, apa yang penting adalah semangat kesukanan dan muhibbah.

Pencapaian Hari Terakhir

Perlawanan bola jaring peringkat separuh akhir menentang Kedah

Terdapat beberapa acara di peringkat separuh akhir dan akhir berlangsung pada hari yang keenam. Pasukan YPJ terlibat dalam semua acara dipertandingkan namun gagal untuk merangkul sebarang pingat emas bagi melonjakkan kedudukan pingat Johor ke tempat teratas. Namun begitu setiap atlit harus diberikan pujian kerana semangat dan usaha terbaik yang telah diberikan.

Saat getir penyokong

Takraw hanya mampu di tempat ke-4

Harapan pasukan ping pong lelaki untuk menyumbangkan pingat emas tidak kesampaian kerana gagal untuk menyaingi kehebatan pasukan dari Kedah yang merupakan pasukan pilihan. Namun begitu pasukan wanita berjaya menewaskan pasukan Kelantan untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.

Pasukan harapan, ping pong gagal di final

Kemenangan pasukan wanita mengubati sedikit luka

Pasukan bola jaring pula terpaksa bersaing sengit dengan kehebatan pihak lawan serta kualiti 'pengadilan' di peringkat akhir. Johor akhirnya terpaksa akur kepada pasukan Pahang. Pasukan bowling dan golf pula tidak ketinggalan untuk menyumbangkan mata kepada Johor apabila masing-masing memperoleh tempat kedua dan ketiga.

Kontinjen YPJ harus berbangga kerana secara keseluruhannya berjaya mendapat tempat kedua, hanya ketinggalan 5 mata daripada juara keseluruhan iaitu kontinjen tuan rumah, Pahang. Sabah yang merupakan pemegang rekod kejuaraan PESAYA terpaksa akur di tempat yang ketiga.

Keputusan Penuh YPJ Hari Ke-6

Ping Pong
L- klh Kedah 0-2 [final]
P- mng Kelantan 2-0 [3/4]

Bola Jaring
mng Kedah 30-13 [semi final]
klh Pahang 8-18 [final]

Sepak Takraw
klh Melaka 1-2 [semi final]
klh Pahang 1-2 [3/4]

Bowling
1- Pahang
2- Johor
3- Sabah

Golf
1- Pahang
2- Kelantan
3- Johor

Sekian, terima kasih.

Thursday, June 4, 2009

Nasib Tidak Menyebelahi YPJ...

Perlawanan menarik single wanita antara Johor & Sabah

Hari kelima berlangsung dengan 4 acara utama dipertandingkan di mana majoritinya adalah pada peringkat separuh akhir hingga ke akhir. Acara takraw pula bermula hari ini di peringkat kumpulan dan begitu juga dengan acara bola jaring.

Pengadilan Berat Sebelah

Perlawanan meriah antara Johor & Pahang tetapi 'dihangatkan' dengan gelagat empire...

Acara bola tampar berlangsung sengit apabila Johor bertemu tuan rumah, Pahang di peringkat separuh akhir. Namun ia dikecewakan dengan pengadilan yang banyak memihak kepada tuan rumah sehinggakan pasukan bola tampar lelaki telah tewas kepada Pahang.

Perlawanan bertambah tegang dengan beberapa pergaduhan telah berlaku di antara atlit Pahang & Kelantan sejurus selepas Pahang memenangi perlawanan akhir bola tampar lelaki menentang pasukan Kelantan.


Bola tampar YPJ lelaki dan perempuan telah mendapat tempat keempat. Petanque pula mengalami kejutan apabila tewas kepada Terengganu di peringkat akhir dengan keputusan 1-2 setelah menang dengan Negeri Sembilan diperingkat separuh akhir.

Regu takraw YPJ


Penyokong memberikan sokongan ketika perlawanan takraw sedang berlangsung

Futsal Wanita YPJ Juara!

Di gelanggang futsal, suasana meriah dan mendebarkan berlangsung di Dewan Arena Pahang. Pasukan futsal wanita telah berjaya mengalahkan Pahang di peringkat akhir dengan perlawanan yang begitu mendebarkan serta penuh dengan kontroversi.

Pegawai & pengadil sedang menyelesaikan masalah ketika perlawanan di antara Johor dan Pahang.

Setelah terikat 1-1, perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti. Namun sekali lagi kekecohan telah berlaku di mana Pahang sering kali membuat protes. Perlawanan terpaksa berhenti selama 15 minit apabila beberapa pegawai masuk ke gelanggang bertegang leher.

Pemain Johor tidak berpuas hati dengan cara pengadilan & teknikal

Penyokong tidak kira Johor mahupun negeri lain sudah mula berang dan inginkan satu perlawanan yang bersih serta penuh dengan semangat kesukanan. Akhirnya YPJ telah menang dengan keputusan 5-3.

Keputusan Penuh YPJ Hari Ke-5

Bola Tampar
L- klh Pahang 1-2 [semi final]
P- klh Sabah 0-2 [semi final]
L- klh Sabah 1-2 [3/4]
P- klh Kelantan 0-2 [3/4]

Ping Pong
L- mng Melaka 3-0 [semi final]
P- klh Sabah 1-2 [semi final]

Takraw
Mng Sarawak 3-0
Mng Terengganu 2-1
Klh Kelantan 1-2

Petanque
Mng Negeri Sembilan 2-1 [semi final]
Klh Terengganu 1-2 [final]

Futsal
L(v)- klh Pahang 1-4 [semi final]
P- Mng Terengganu 5-0 [semi final]
L(v)- Mng Terengganu 3-0 [3/4]
P- Mng Pahang 1-1 (pen 5-3) [final]

Semoga semangat kesukanan dan silaturahim antara staf Yayasan masih lagi tinggi...

Wednesday, June 3, 2009

Bolasepak YPJ Mencipta Sejarah!

Pasukan bolasepak YPJ telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menjadi johan pada hari ke-4 semalam dengan mengalahkan Yayasan Selangor, 2-0 di perlawanan akhir. Kedua-dua gol dijaringkan pada separuh masa kedua dan merupakan kemenangan yang bergaya bagi Johor.

Perlawanan akhir bola sepak sedang berlangsung di Stadium Darul Makmur

Penyokong memberikan sokongan padu kepada pasukan bola sepak

Keputusan akhir memihak kepada Johor

Sementara itu pasukan Badminton perempuan telah menjadi naib johan apabila tewas kepada pasukan Melaka, 1-2. Walaupun telah mendahului 1-0 namun kedudukan itu tidak dapat bertahan sehingga akhir. Pasukan lelaki pula hanya mampu menduduki tempat ke-4

Pasukan Badminton (P) menerima hadiah selaku naib johan

Ketua Kontinjen YPJ, Hj. Zainuddin mencuba kameranya semasa perlawanan badminton akhir (P)

Bola Jaring pula cemerlang pada hari ke-4 dengan memenangi dua perlawanan dalam peringkat kumpulan. YPJ menang dengan Melaka 19-17 manakala membelasah Perlis dengan 42-3. Bola tampar lelaki & perempuan serta petanque turut cemerlang dengan menang semua perlawanan.

Perlawanan bola jaring Johor menentang Perlis

Acara double petanque sedang berlangsung...

Penerangan oleh jurulatih...

Pasukan YPJ akan bermain dalam banyak acara peringkat separuh akhir pada hari ke-5 seperti bola tampar (lelaki & perempuan), ping pong (lelaki & perempuan), futsal (perempuan & veteran) & Petanque. Semoga kecemerlangan pasukan YPJ akan diteruskan.

Keputusan Penuh Pasukan YPJ Pada Hari Ke-4

Ping Pong
P- Mng Pahang 3-0

Bola Tampar
L- Mng Perlis 2-0
P- Mng Perlis (bye)
L- Mng Sarawak 2-0

Bola Jaring
Mng Melaka 19-17
Mng Perlis 42-3

Petanque
Mng Kelantan 3-0
Mng Pahang 3-0

Badminton
L- Mng Pahang 2-1
L- Klh Melaka 1-2 [semi final]
L- Klh Kelantan 1-2 [3 & 4]

P- Mng N9 2-1 [semi final]
P- Klh Melaka 1-2 [final]

Bolasepak
Mng Selangor 2-0 [final]

Futsal
L(v)- Seri Melaka 2-2
L(v)- Mng Perlis 1-0
L(v)- Klh Sabah 0-1

Tuesday, June 2, 2009

YPJ Terus Cemerlang Di Hari Ke-3!

Pasukan Bola Tampar Wanita

Beberapa sejarah telah dicipta pada hari ketiga dengan beberapa pasukan telah layak ke separuh akhir dan kemenangan bergaya serta menghiburkan. Semangat berpasukan semakin meningkat dan sasaran juara keseluruhan nampak semakin tercapai.

Bolasepak Ke Akhir!

Yes! kami ke final!

Pasukan bolespak telah mencipta sejarah ke final setelah mengalahkan Sabah dengan sepakan penalti 4-3 apabila kedua-dua pasukan seri 1-1 sehingga waktu penamat. Kemenangan ini sangat manis kerana 2 tahun lepas di Melaka, YPJ telah tewas dengan Sabah di separuh akhir.

Ping Pong Terus Sapu Bersih

Beregu veteran Johor memberikan aksi terbaik

Dalam acara ping pong, YPJ terus unggul dengan memenangi semua perlawanan pada hari ketiga. Pasukan lelaki telah membelasah pasukan Sabah & Kelantan 3-0 dan layak ke separuh akhir. Pasukan perempuan pula telah mengalahkan Kelantan 3-0.

Futsal Perempuan Menghiburkan

Pelawanan hangat di Gelanggang Arena Pahang

Dalam arena futsal pula, pasukan perempuan YPJ telah menghiburkan semua penyokong dengan kemenangan atas semua perlawanan semalam. YPJ telah mengalahkan Melaka 2-1, Sabah 2-1 & membelasah Sarawak 5-0.

Go Johor Go!

Strategi diatur..

Mengalami kecederaan...

Kejutan pula berlaku dalam acara petanque apabila YPJ tewas kepada Melaka 1-2 tetapi ia terubat sedikit dengan kemenangan pasukan bola tampar perempuan yang layak ke separuh akhir setelah menang keatas Selangor.

Keputusan Penuh Pasukan YPJ Pada Hari Ke-3

Ping Pong
L- Mng Sabah 3-0
L- Mng Kelantan 3-0
P- Mng Kelantan 3-0

Bola Tampar
P- Mng Selangor 2-0

Badminton
P- Klh Kelantan 1-2
L- Mng Melaka 2-1

Bolasepak
Seri Sarawak 0-0
Mng Sabah 1-1 (penalti 4-3) [separuh akhir]

Petanque
Klh Melaka 1-2

Futsal
L- Mng Kedah 2-1
L- Seri Melaka 2-2
L- Klh Pahang 2-4
P- Mng Melaka 2-1
P- Mng Sabah 2-1
P- Mng Sarawak 5-0
L(v)- Mng Sarawak 3-2

Maskot PESAYA Pahang

Gajah dipilih sebagai maskot PESAYA pada kali ini memandangkan ia adalah haiwan yang amat sinonim dengan negeri Pahang Darul Makmur. Gajah merupakan haiwan yang besar, gagah perkasa, mempunyai sifat setiakawan, berdaya saing dan daya tahan yang tinggi. Pemilihan gajah sebagai maskot pada PESAYA X menepati matlamat sukan ini yang dilaksanakan dengan penuh semangat kesukanan, keharmonian dan setiakawan.

Monday, June 1, 2009

Hari Cemerlang Buat YPJ!

Sekitar perlawanan Bola Tampar Johor menentang Kelantan

Hari kedua (1 Jun 2009) telah memaparkan kecemerlangan kontinjen YPJ dengan beberapa keputusan yang memberangsangkan. Banyak kemenangan telah dicapai dan ada di antaranya merupakan kemenangan yang begitu bergaya.

Badmiton & Pingpong Sapu Bersih!

Aksi beregu terbuka menentang Pahang

Single wanita badminton Johor

Semangat kesukanan ditonjolkan

Antara pasukan yang paling cemerlang adalah pasukan Badminton & Ping Pong yang mana telah menang dalam semua perlawanan yang disertai dalam kategori lelaki & perempuan. Pasukan Ping Pong lelaki telah membelasah tuan rumah Pahang 3-0 manakala pasukan perempuan menang semua perlawanan dengan Sarawak. Badminton lelaki dan perempuan pula menang 3-o dengan Terengganu.

Sokongan padu..

Kecundang Awal...

Kemenangan-kemenangan lain telah dicatatkan oleh pasukan Petanque yang membelasah Kedah 3-0 dan Bolasepak telah mengalahkan juara 2 tahun lepas iaitu Melaka. Namun begitu pasukan Karom telah pulang awal kerana tewas kepada Perlis 3-0 walaupun telah menang dengan Selangor sebelum itu. Pasukan dart juga turut kecundang awal apabila tewas dengan Negeri Sembilan.

Rosdi sedang beraksi dalam acara pentanque

Membincangkan strategi..

Kemeriahan perlawanan ping pong wanita..

Keputusan Penuh Hari ke-2 Pasukan YPJ

Badminton
P- Mng Terengganu 3-0
P- Mng Sabah 2-1
L- Mng Terengganu 3-0

Ping Pong
L- Mng Terengganu 2-1
L- Mng Pahang 3-0
P- Mng Sarawak 3-0

Bola Tampar
L- Klh Kelantan 1-2
L- Mng Terengganu 2-0
P- Klh Kelantan 0-2

Karom
Mng Selangor 3-0
Klh Perlis 0-3

Bolasepak
Mng Melaka 2-0
Klh Pahang 0-3

Petanque
Mng Kedah 3-0

Dart
Mng Perlis (Bye)
Klh Negeri Sembilan 1-2

Semoga kecemerlangan ini diteruskan! Sekian, terima kasih

Sunday, May 31, 2009

Permulaan Meriah

Majlis Perasmian Pembukaan PESAYA ke-10, Pahang telah berlangsung dengan kemeriahan yang nyata di Dewan Kompleks Sukan Pahang. Selain menyertai perbarisan, para kontinjen disajikan dengan pesembahan pancaragam, koir, kumpulan kebudayaan & seni pertahankan diri pelbagai kaum dan juga perlawanan persahabatan futsal di antara pasukan pilihan MB Pahang menentang pasukan pilihan pengurus kontinjen setiap yayasan.

Tahniah kepada pihak tuan rumah yang berjaya menghidupkan suasana perasmian. Kontinjen Johor juga tampil dengan penuh gaya. Semoga PESAYA ke-1o akan bermula dengan semangat kesukanan yang tinggi demi membawa pulang kemenangan yang diharapkan!

Friday, May 29, 2009

Debaran Bermula

Malam ini kontinjen Johor akan mula meredah kesunyian malam untuk ke destinasi. Rasanya semangat dan degup jantung peserta semakin berkobar-kobar dan laju. Beg beg pakaian dan bekalan perhiasan diri (termasuk gincu dan bedak sejuk .. hehe) selama seminggu telah diisi rapi.

Sejak dapat pakaian atlit, malam tadi, kami memperagakan diri di hadapan cermin. Wow, macam atlit sukan negara lah nampaknya. Kami senyum sambil mengharapkan kejayaan..

Thursday, May 28, 2009

'Goodies' Pasukan YPJ

Berikut merupakan pakaian & peralatan rasmi untuk pasukan YPJ dalam PESAYA akan datang.

Cap & T-shirt Putih (Adidas)

Sweater putih : oren : biru gelap (Adidas)

T-shirt oren (Adidas)

T-shirt putih-biru (Adidas)


Beg pakaian (Adidas)